Kejadian nie berlaku sekitar jam 7.30 malam semalam...
Inspector tiket naik nak check tiket bas..
Sampai aje inspector tiket tue kat aku tetiba ada suara bertanya dari belakang..
"Tumpang tanya"
"Saya menunggu dari jam 5.50petang tadi dan sampai sekarang bas no *** nie masih tak sampai.."
"Biasala kak hujan-hujan macam nie keadaan jam, memang susah bas tu nak masuk kl"
"Bukan la sebab saya tetiap hari naik bas nie dan sekarang saya rasakan macam syarikat awak nak aniaya penumpang. Tambahan pula pas yang saya beli nie rasa cam membazir aje sebab syarikat awak tak sediakan bas yang secukupnya.. Sekarang saya terpaksa naik bas lain pulak lepas tue saya kena berjalan atau panggil teksi untuk pulang ke rumah.."
"Maaf la kak semua tu bukan bawah bidang kuasa saya.. dulu kawasan akak tue bas lain yang masuk dan sekarang bila dah gabung syarikat kami dah mengurangkan bilangan bas untuk menjimatkan perbelanjaan.."
"Macam ni ka melayu.. bukannya nak tolong bangsa sendiri nak menganiaya ada la.. Nanti saya cakap ada pulak yang marah.. Syarikat awak makan komisyen dari Metrobus ke?? Sebab saya lihat bas Metrobus lagi banyak masuk dari bas syarikat awak.. Nie pas yang saya beli nie semuanya membazir duit saya aje.. saya beli pas untuk berjimat tapi sekarang macam membazir aje.. "
"Pilihan akak untuk beli pas tue dekat tangan akak.. kami tak paksa akak untuk beli pas itu.. Jika akak rasa mahu buat aduan sila pergi ke pejabat kami.. saya cuma boleh mendengar keluhan akak saja.. harap maaf ya.."
"Mana la tahu pegawai seperti awak boleh tolong pengguna seperti saya.."
Perbualan tue terhenti sampai takat tue aja.. Dialog spiral terpaksa ubah untuk menjelaskan maksud sebenar akak tue kepada pegawai tersebut.. kalau nak ikutkan lama perdebatan mereka ini..
Kesimpulannya dari cerita kat atas:
Sebenarnya niat akak tue baik.. dia prihatin terhadap masalah yang dihadapinya... tapi cuma cara dia menyampaikan rasa keprihatinan dia tidak sesuai jika dibandingkan dengan akak tue yang berpelajaran dan bekerja pulak tue... Masalahnya akak ini menuduh pihak RapidKL secara membuta tuli ambil komisyen dari Metrobus disebabkan kurangnya bas Rapidkl masuk ke kawasan dia.. Heran betul dengan sikap manusia yang secara "bangangnya" membuat kesimpulan sendiri tanpa ada usul periksa kenapa terjadinya masalah tersebut.. Sepatutnya akak tue pergi ke pejabat RapidKL untuk buat aduan atau ceritakan masalah dia tapi dia ambil jalan mudah untuk menghentam pegawai RapidKL tersebut dengan tomahan yang tak berasas..
Tak tahulah apa nak cakap.. No offense kat akak tue cuma kesal bangsa sendiri yang memalukan diri sendiri dan juga bangsa.. Bangsa musnah sebab tiadanya pemikiran yang waras dan bertindak secara membuta tuli.. Bilalah pemikiran bangsa kita nie nak berkembang???